Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2023 yang mensasarkan tiga KPI utama pembangunan koperasi. Beliau berkata, tiga KPI utama itu ialah meningkatkan perolehan sektor koperasi, peningkatan koperasi aktif dan Indeks Kesejahteraan Anggota (IndeKA).
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia (DaKom) 2030, di Hotel Tenera Bangi, di sini, hari ini. Ewon berkata, empat teras dasar dan 20 strategi telah dibangunkan untuk memacu pencapaian visi ini iaitu mentransformasi sokongan koperasi kepada ekosistem holistic dan kondusif, meningkatkan kefahaman dan penghayatan prinsip teras koperasi, meningkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi dan memajukan sector koiperasi sebagai wahana pembangunan sosioekonomi.