Islamic Digital Economy (IDE) berpotensi menjadi pemacu utama membangunkan industri dan bidang pertumbuhan baharu di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan semasa merasmikan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam (IDE) 2023 di Connexion Bangsar South City berkata IDE mempunyai potensi yang besar dari segi nilainya dan Malaysia mampu untuk menjadi jaguh dalam industri ini. Beliau berkata, ini berdasarkan kepada kedudukan negara sebagai peneraju Ekonomi Digital dan Ekonomi Islam selama ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz, berkata IDE juga salah satu daripada sembilan bidang tumpuan utama di bawah insiatif strategik nasional, Malaysia Digital (MD) dalam membantu MDEC memastikan hala tuju yang tepat menerusi Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).