MDEC dengan bangganya menganjurkan Ministerial Networking Luncheon with Data Centre & Cloud Industry bersama YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, dan YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital di Le Meridien, Kuala Lumpur. Kami meraikan pencapaian 6 syarikat yang dianugerahkan dengan Status MD dan mengenal pasti 4 juara tempatan dalam Data & Cloud Computing, memantapkan kedudukan Malaysia sebagai hab data global.