Pelancaran Coop Mart & Perasmian Coop Community Mart

Projek Coop Community Mart (CCM) merupakan salah satu usaha pihak kerajaan dalam memangkinkan ekonomi komuniti pada skala yang kecil serta sederhana. Usaha sama Antara Kementerian Wilayah Persekutuan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah membangunkan kedai koperasi (coopmart) di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Oktober tahun lalu.

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menyempurnakan Coopmart dan perasmian CCM Koperasi Pudina Putrajaya Berhad di Presint 17, Putrajaya. Ia merupakan penyumbang kepada perolehan tahunan sektor koperasi iaitu sebanyak RM41.47 billion dengan kekuatan keluarga koperasi seramai 7.04 juta orang seluruh negara.